Kajian Subuh 13 Ramadhan 1444H,4 Maret 2023 membahas tentang kematian. Mati. Bersama Bp. Ustadz Yusman, SHI.
Mati/Maut Adalah bahasa indonesia yang digunakan sebagai tanda berpisahnya roh dengan jasad untuk sementara waktu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.Mati adalah sesuatu yang maha halus dan ghaib yang paling dekat dengan kita.
Maut itu adalah perkara ghaib yang paling hampir yang sedang ditunggu
Mati itu adalah suatu kepastian yang pasti akan datang menjemput kita dalam keadaan siyap ataupun tidak dan itu berlaku bagi setiap yang bernyawa sebagaiman dijelaskan dalam (QS. Ali ‘Imran : 185)
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati”
Hakikat mati bukan bererti ketiadaan semata-mata atau kehancuran keseluruhan dan kehilangan sepenuhnya. Tetapi masih ada hubungannya selepas itu.Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad lahir dan batin, perpisahan di antara kedua-duanya, pertukaran dari satu keadaan kepada keadaan lain.kematian ialah terhentinya jasmani berfungsi, yakni nafas, jalan darah, gerak, fikiran, perasaan dan tenaga.
Kematian adalah batas sempurnanya roh (jiwa) dalam hidup makhluk. Maut bererti menghilangkan seluruh daya, selama roh itu berada dalam genggaman Allah. Maut adalah penyempurnaan dua hal yaitu penyempurnaan yang secara hakiki, yaitu mati dan penyempurnaan tidur (tidak sempurna) kerana tidur itu hakikatnya adalah mati juga.
"Mati berbeda dengan tidur, kerana tidur adalah terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah.
Allah berfirman Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)” (Surah az-Zumar, ayat 42).
Ramai manusia menganggap kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Namun keadaan sebenar kehidupan di alam barzah hanya diketahui oleh Allah.